Tuesday, November 3, 2009

AYUH WARGA BIOLOGI


Di atas adalah Piala Kejuaraan Kejohanan 5 Penjuru KWS. Sehingga kini Jabatan kita berada di kedudukan ke 2, satu mata di belakang Pejabat Dekan. Masih lagi tinggal satu permainan lagi iaitu sukan rakyat yang akan dianjurkan oleh Jabatan Kimia. Diharapkan semua warga jabatan akan turun beramai-ramai untuk menjayakan misi untuk merangkul kejuaraan pertama ini. Sehingga kini, kita berterima kasih kepada warga biologi yang bersungguh-sungguh untuk menyertai perlawanan yang di adakan walaupun kadang-kala harus mengeluarkan sendiri ongkos bagi membayar yuran penyertaan, namun atas semangat untuk menjulang nama Jabatan Biologi, kita sanggup. Juga tidak ketinggalan ucapan terima kasih kepada penyumbang dana yang menyokong kita dari belakang. Diharapkan semua warga biologi akan turun beramai-ramai untuk menyokong ahli kita. Untuk sukan rakyat akan ada permainan dam aji (untuk pensyarah berumur 45 tahun keatas.....penyertaan pensyarah amat diharapkan), permainan sepak raga, tarik upih dan lain-lain. Penyertaan pegawai sokongan amatlah memberangsangkan, cuma diharapkan pensyarah juga boleh meningkatkan penyertaan. Setidak pun, mungkin memberikan sokongan.


Ayuh Warga Biologi!

No comments: