Thursday, November 19, 2009

OPERASI OPS CERIA BERSAMA 5S FAKULTI SAINS









Pada 19 november 2009 pukul 2.00 petang bridged 5s Fakulti Sains telah mengadakan aktiviti "Ops Ceria Bersama 5S".Aktiviti ini diadakan adalah bertujuan untuk mengindahkan keindahan disekeliling Fakulti Sains.Kawasan papan mercu tanda di Jabatan Biologi telah dipilih untuk menanam pokok Basida Putih sebagai simbolik perasmian yang dirasmikan oleh Dekan Fakulti Sains.Aktiviti ini yang diketuai oleh En Johari Sepet telah berjaya dilaksanakan tanpa halangan hujan.Ramai kakitangan yang terlibat turun padang untuk menjayakan aktiviti ini.Sekian Terima Kasih.

Wednesday, November 18, 2009

SIMBIOMAS 2009




DAY 1 : Pasukan logistik dan teknikal memulakan tugas untuk menyediakan tempat SIMBIOMAS 2009. Berpeluh beb! tapi coz we had the best logistic team in the....no problem punya!.....macam pepatah wonderpet....APA YANG PENTING?...KERJASAMA!










DAY 2: Semua org berkejar sana sini.
Meena: simpan teks ucapan tu...tahun 2011 ..kita recycle balik!
Wady: MC perasmian...tunjukajar lah sikit Rusea tu.
Alvin: sibuk suruh org mark poster.....penat-penat mana leh nak baca banyak poster oo...mata banyak pusing tengok kaler berkelip-kelip.
Rusea: telah dibuli untuk jadi MC sepanjang hari.....lain kali mungkin lebih balik...kita bagi lagi 2011.
Kak Siti, Ain, Christine, Nadia & Ameera: telah memusingkan fikiran masing-masing dengan acara yang semakin panas dan....er
Lin, Dayah, Amey, Lina, Farah, Kak Zac, Kak Idah: memang dah di cop siap-siap korang mesti kena join buat benda ni.....tahun 2011 pun korang dah kena booking dah. Well done BABES!
Zizul: practice bebanyak dengan dr rahim baca doa......tag pembaca doa dengan resminya kitorang dah bagi kat kau.
Kamarul & Nabil: kalau saham tak naik tak tau ler sebab dah naik pentas banyak kali (er.... tukang bukak slaid jelar la!)...mandi bunga telur la!
Ben, Helmy: korang berdua terpaksalah jadi mangsa panggiln bos sebab korang tak baca doa dan jadi tukang bukak slaid....macam slogan : SEDIA BERKHIDMAT....macam wakil rakyat ler









DAY 3 : Letih tapi lega.....terima kasih untuk yang telah bertungkus lumus
Semua gambar ni...Moin yang sanp walaupun ada yang tumpang sekaki...macam abe wae. Taki kira cun ke tak cun gambar ni...thanks untuk Moin.....jangan lupa motto jurugambar...BIAR SUBJEK TAK HANSOM ASALKAN GAMAR YANG DIAMBIL CUN!

Tuesday, November 3, 2009

AYUH WARGA BIOLOGI


Di atas adalah Piala Kejuaraan Kejohanan 5 Penjuru KWS. Sehingga kini Jabatan kita berada di kedudukan ke 2, satu mata di belakang Pejabat Dekan. Masih lagi tinggal satu permainan lagi iaitu sukan rakyat yang akan dianjurkan oleh Jabatan Kimia. Diharapkan semua warga jabatan akan turun beramai-ramai untuk menjayakan misi untuk merangkul kejuaraan pertama ini. Sehingga kini, kita berterima kasih kepada warga biologi yang bersungguh-sungguh untuk menyertai perlawanan yang di adakan walaupun kadang-kala harus mengeluarkan sendiri ongkos bagi membayar yuran penyertaan, namun atas semangat untuk menjulang nama Jabatan Biologi, kita sanggup. Juga tidak ketinggalan ucapan terima kasih kepada penyumbang dana yang menyokong kita dari belakang. Diharapkan semua warga biologi akan turun beramai-ramai untuk menyokong ahli kita. Untuk sukan rakyat akan ada permainan dam aji (untuk pensyarah berumur 45 tahun keatas.....penyertaan pensyarah amat diharapkan), permainan sepak raga, tarik upih dan lain-lain. Penyertaan pegawai sokongan amatlah memberangsangkan, cuma diharapkan pensyarah juga boleh meningkatkan penyertaan. Setidak pun, mungkin memberikan sokongan.


Ayuh Warga Biologi!