Monday, April 19, 2010

LAWATAN KE HOSPITAL SERDANG ( EN ASUAN KUDUS )











Seorang kakitangan Jabatan Biologi En Asuan Kudus telah di masukkan ke Hospital Serdang pada 13 April 2010.Beliau telah menjalani pembedahan pada 14 April 2010.Pembedahan kecil dilakukan bertujuan untuk membuang kuman yang telah merebak disekitar tapak kaki akibat penyakit kencing manis yg dialaminya.Oleh yang demikian satu lawatan dilakukan oleh kakitangan Jabatan Biologi atas sifat keprihatinan dan ambil berat terhadap rakan seperjuangan.Kehadiran rakan-rakan telah disambut dengan senyuman dan kegembiraan yang jelas terukir walaupun dalam menahan kesakitan.Diharap dengan kedatangan rakan-rakan dapat memberi semangat untuk beliau terus berjuang dalam mengharungi penyakit kencing manis yang dihadapinya.Semoga beliau lekas sembuh dan menjalani kehidupan seperti biasa.Sekian.

Friday, April 16, 2010

TAKLIMAT PENGURUSAN FAIL ISO





Pada 7 April 2010(8.30 pagi) satu bengkel taklimat mengenai pengurusan fail ISO telah diadakan di Jabatan Biologi.Taklimat telah dilakukan di makmal 2A adalah bertujuan untuk memberi maklumat terkini berkaitan pengurusan fail pada semua pegawai-pegawai di Biologi sebagai persiapan untuk menghadapi Audit Pemantauan SIRIM MS ISO 9001:2008 bagi skop Penyelidikan dan Pembangunan Komersil yang telah diadakan pada 13-16 April 2010.Audit pemantauan ini akan melibatkan makmal pengajaran dan penyelidikan,pengurusan latihan serta kewangan di Jabatan.Diharap dengan adanya bengkel ini dapat memberi sedikit petunjuk kepada pegawai-pegawai untuk menghadapi audit SIRIM yang akan datang.Sekian.

Monday, April 5, 2010

LAWATAN TNC KE MUZIUM ZOOLOGI JABATAN BIOLOGI



Pada 2 April 2010 satu lawatan telah diadakan di Muzium Zoologi Jabatan Biologi.Lawatan yang terdiri daripada Timbalan Naib Canselor UPM Prof.Dato`Dr.Abu Bakar Salleh adalah bertujuan untuk menaik taraf Muzium Zoologi disamping memberi wajah baru bertujuan untuk menarik minat pelajar-pelajar terhadap hidupan-hidupan laut,darat dan sebagai nya.Diharap dengan lawatan yang telah dijalankan dapat membantu bagi menaik taraf Muzium Zoologi dan mengharumkan nama Jabatan Biologi untuk tatapan semua warga Universiti Putra Malaysia.

LAWATAN DEKAN KE MUZIUM BIOLOGI


Pada 31 mac 2010 dekan Fakulti Sains Prof Dr Sidek Abd Aziz telah membuat lawatan tidak rasmi ke Muzium Zoologi Jabatan Biologi.Lawatan tersebut adalah bertujuan untuk membuat persiapan bagi lawatan TNC UPM pada 2 April 2010.Pelbagai nasihat dan pandangan telah diberikan bg membantu sempena lawatan TNC yang akan datang.Semoga segala persiapan berjalan dengan lancar.

PERHIMPUNAN PEGAWAI BULAN MAC 2010




Pada perhimpunan pegawai untuk bulan MAC...keputusan untuk pertandingan nasyid telah diumumkan...biologi telah berjaya mendapat tempat kedua daripada 5 pasukan yang menyertai pertandingan...rancangan untuk akan datang adalah pertandingan dikir barat...

SELAMAT PENGANTIN BARU














Selamat pengantin baru untuk azleen@leen yang telah selamat menjalani kehidupan berumah tangga.Memilih Djamiral Abd Razak sebagai pasangan untuk membina sebuah ikatan suami isteri.Majlis akad nikah telah berlangsung pada 12 Mac 2010 disusuli dengan majlis persandingan belah perempuan pada 13 Mac 2010 dan keesokannya 14 Mac 2010 di sebelah lelaki.Semua majlis telah diadakan di Kubang Keranji,Kota bharu,Kelantan.Seluruh warga biologi mengucapkan tahniah dan selamat menjalani kehidupan alam berumah tangga.Semoga masjid yang dibina kekal hingga ke akhir hayat.SELAMAT PENGANTIN BARU..!!!