Tuesday, June 23, 2009

KITA JUGA GAGAH BERMAIN BADMINTON

Amboi!....ayunya bersimpoh...anak sapa ni?

Jabatan biologi sekali lagi telah mengambil bahagian dalam perlawanan badminton antara jabatan-jabatan di dalam Fakulti Sains sebagai sebahagian daripada komponen sukan Kejohanan Lima penjuru anjuran KWS. Pertandingan Badminton ini dikelolakan oleh Jabatan Matematik selama tiga hari (9-11 Jun 2009).


Ben "10" dan lawannya

Perlawanan terakhir Nizam sebagai ahli Jabatan Biologi......


Tak sure SIR 'ALEX' DOL mengayat atau atur strategi

Gaya selamba...


Ceria sebelum 'membelasah' pemain lawan


Keseluruhannya Jabatan Biologi telah memenangi 3 dari 4 perlawanan iaitu memang ke atas Jabatan Kimia (3-2), Jabatan Fizik (3-2) dan Jabatan Dekan (4-1), manakala tewas kepada Jabatan Matematik (1-4). Pasukan Jabatan Biologi kali ini adalah di bawah pengurusan Abe Doe dan dianggotai oleh Abe Joe, Abe Wae, Moin, Nizam, Ben, Mus, Wady, Dayah, Lin, Lina, Amey, Ija dan Izza.
Dengan kedudukan tempat kedua, Jabatan Biologi berjaya mengumpul lagi 4 mata untuk penentuan kejuaraan Kejohanan Lima penjuru KWS 2009.

Jumlah mata keseluruhan Jabatan Biologi setakat dua permainan : 5 (juara futsal wanita ) + 4 (naib juara futsal lelaki) + 4 (naib juara badminton)
YAAAAAAHOOOOO!
P/s: Kita tunggu cabaran ping-pong dan sukan rakyat

KEMBALI KE RAHMATULLAH

Prof. Dr Faridah Abdullah telah pulang ke rahmatullah pada 9 Jun 2009 lebih kurang 8.15 malam. Jenazah allahyarhamah telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan serdang pada 10 Jun jam 3 petang. Moga roh allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin.

FUTSAL LELAKI DAN WANITA SAMA GAGAH

Pada 23 Mei 2009, Kelab Warga biologi telah menganjurkan perlawanan futsal lelaki dan wanita sebagai sebahagian daripada permainan dalam kejohanan lima penjuru yang dianjurkan oleh Kelab Warga Sains. Dalam kejohanan ini, Jabatan Biologi telah menurunkan pasukan futsal lelaki dan wanita yang merupakan gabungan dari kakitangan jabatan dan pelajar. Penganjuran ini telah diresmikan oleh Prof. Madya Dr. Zainal Abidin Talib dengan acara sepak mula. Keseluruhan acara telah berlangsung berlangsung dengan lancar dan ditamatkan pada pukul 3 petang. Jabatan Biologi mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Prof. Dr Ahmad Ismail atas sumbangan bagi menganjurkan perlawanan ini. Terima kasih juga untuk penyumbang-penyumbang yang lain.


'Dav Moin.... kau jangan kenyit mate langsung kat gol keeper dia.....kasi psycho sikit'...tips daripada 'sport psychologist Abe Wey' (gambar atas).

Calon menggantikan C.Ronaldo di Man U.... diberitakan Sir Alex F ada menghubungi sahabat karibnya di Bio U, Sir Alex Dol bertanyakan tentang Dr. N.'RoMeena' (gambar bawah).

Tu baru Dav Moin, No. 13 yang 'dribble' kalu player No. 1 (ZinedineWady) lagi le ......malangnya Z.Wady tak dapat bersama (setelah mendapat pelepasan Sir Alex Dol) menemani isterinya yang baru bersalin.

Saingan dari pasukan jabatan lain amatlah sengit tetapi dengan berkat usaha semua orang Jabatan biologi telah menggondol kedudukan yang amat baik. Pasukan lelaki yang diketuai oleh 'David' Moin telah berjaya menduduki tempat kedua di belakang pasukan Pejabat Dekan. Manakala pasukan wanita yang diketuai oleh Dr Meena telah menjadi juara dan kemenangan ini ditambah serinya lagi dengan kejayaan Amey 'Torres' yang menjadi penjaring gol terbanyak. Dengan kejayaan ini, Jabatan Biologi telah memungut sebanyak 9 mata untuk penentuan kejuaraan Kejohanan Lima Penjuru KWS.

Team Lelaki: Moin, Abe Dol, Ade Dir, Zizul, Bob, Nizam, Abe Wae

Team Wanita: Dr Meena, Lin, Lina, Amey, Sali, Ija, Izza, Heidi, Dayah

P/s: Kalau ada yang tertinggal ahli team ni ..bagitau ler