Wednesday, June 30, 2010

LAWATAN MAKMAL PRA SEKOLAH UPM KE MUZIUM BIOLOGI



Satu lawatan dari Makmal Pra Sekolah UPM ke Muzium Zoologi Biologi telah diadakan pada 25 June 2010 . Lawatan yang dijalankan adalah bertujuan untuk mendedahkan mereka kepada dunia Biologi dan memberikan mereka semangat untuk belajar dengan lebih berjaya . Jelas kelihatan raut wajah yang sedikit takut dan gembira sebaik kaki melangkah masuk ke Muzium Zoologi Biologi . Diharap semoga mereka mendapat pengajaran yang berguna untuk menjadi pelapis pada generasi yang akan datang.

Tuesday, June 29, 2010

GOTONG ROYONG PERINGKAT JABATAN






Program menceriakan Jabatan telah dilaksanakan pada 21 June 2010 , program yang lebih berkonsepkan kebersihan sekitar jabatan telah melibatkan sumer kakitangan sokongan dan akademik . Acara yang bermula pada pukul 8.30 pagi telah didahului dengan ucapan dari Ketua Jabatan Biologi iaitu Prof Dr Umi Kalsom Yusuf disusuli dengan sarapan pagi yang telah disediakan . Semoga segala penat lelah seharian dapat membentuk dan membuka mata semua pihak untuk melihat satu Jabatan yang indah dari pandangan mata . Sekian terima kasih.

Wednesday, June 23, 2010

PERTANDINGAN FUTSAL ANTARA JABATAN FAKULTI SAINS 2010




Pertandingan futsal antara jabatan Fakulti Sains 2010 telah diadakan pada 12 June 2010 . Sebanyak 10 pasukan telah mendaftar untuk menyertai pertandingan ini . Terdiri dari 5 pasukan lelaki dan 5 pasukan wanita yg mewakili jabatan masing iaitu Pejabat Dekan , Biologi , Kimia , Fizik dan Matematik . Acara bermula pada pukul 8.45 dan selesai pada pukul 3 petang , cuaca hujan pada tengahari tidak sedikit menggugat para pemain untuk meneruskan perlawanan yang hanya berbaki 2 perlawanan . berikut adalah keputusan penuh pertandingan yang telah dilangsungkan:-


KATEGORI WANITA
Tempat Pertama : Jabatan Biologi
Tempat Kedua : Pejabat Dekan
Tempat Ketiga : Jabatan Matematik
Tempat Keempat : Jabatan Fizik
Tempat Kelima : Jabatan Kimia


KATEGORI LELAKI

Tempat Pertama : Pejabat Dekan
Tempat Kedua : Jabatan Kimia
Temapat Ketiga : Jabatan Biologi
Temapat Keempat : Jabatan Fizik
tempat Kelima : Jabatan Matematik