Wednesday, March 31, 2010

CABARAN TAHUN 2010

Tahun 2010 sudah 3 bulan berlalu dan sepanjang 2009, KWB telah banyak menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh pelbagai pihak. Paling membanggakan, KWB adalah JUARA SUKAN 5 PENJURU. Tahun ini kita akan berentap lagi tetapi dalam acara yang berbeza, kita harus bersedia dengan semangat untuk menunjukkan KWB boleh. Sepanjang tahun ini juga kita akan mengharungi sesuatu yang berlainan. InsyaAllah akan diadakan Liga Kesenian dan Kelab Tunas Saintis Muda, dimana segala sokongan dan tenaga dari semua pihak.

KWB sebagai penaung dalam segenap aspek samada kebajikan dan rekreasi Jabatan Biologi diharapkan akan dapat merancang dan melaksanakan pelbagai aktiviti yang lebih dari 2009 tidak kira sebesar mana skala pun. Yang penting, kita dapat mengembalikan kemeriahan Jabatan Biologi.
Cuma harus diingat,
JANGAN BERCERITA TENTANG KEBOLEHAN UNTUK MEYAPU AWAN JIKA TANAH DI LAMAN DAUN BERTABURAN.

Monday, March 15, 2010

SELAMAT DATANG PEGAWAI BARU KE BIOLOGI

Selamat datang ke Jabatan Biologi kepada pegawai-pegawai baru. Diharap dengan sumbangan dari kalian semua dapat memantapkan lagi Jabatan Biologi dari semua aspek.

Friday, March 5, 2010

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL FAKULTI SAINS


Bersempena dengan hari MAULIDUR RASUL pada tahun ini , Fakulti Sains telah menganjurkan pertandingan nasyid dan sepanduk antara jabatan pada 5 MAC 2010 bertempat di Foyer Fakulti Sains . Jabatan fizik telah diberi mandat untuk menjadi penganjur pada tahun ini , semua jabatan menghantar wakil masing-masing untuk merebut juara nasyid dan juara reka sepanduk . Jabatan Biologi juga tidak ketinggalan dalam persediaan sempena pertandingan pada tahun ini . Keputusan akan diumunkan pada hari perhimpunan bulanan pegawai pada bulan ini.

berikut adalah rentetan peristiwa untuk dihayati......