Tuesday, September 21, 2010

PERSEDIAAN JAMUAN RAYA





Persediaan banting untuk mempromosikan jamuan raya peringkat jabatan telah giat dilakukan oleh pelajar-pelajar junior

Monday, September 20, 2010

Sambutan Hari Raya Peringkat Jabatan 2010

2,3 kucing berlari,
lebih meriah lebih berseri
jamuan raya yang dinanti kembali lagi,
selamat hari raya aidilfitri.....


wowooowooooooo.....peeeeeeewwwwwwwitttttttttttttttt.....hye buddies...jamuan raya kembali lagi....tahun ini lebih ceria dan meriah setelah gabungan antara staff dan pelajar begabung tenaga dalam merealisasikan EVENT OF THE YEAR pada tahun ini...berbagai2 jamuan akan dihidangkan dan acara yang telah disusun kemas dan rapi oleh pelajar dan kakitangan jabatan...konsep yang lebih diketengahkan pada tahun ini adalah..kemesraan dan keakraban silaturrahim hubungan antara pelajar dan staff di jabatan...diharap semoga impian menjadi kenyataan...fantasi akan menjadi reality...

AL-FATIHAH

Al-Fatihah dan salam takziah dari warga biologi kepada AYAHANDA setiausaha Ketua Jabatan Biologi Pn Aida Shakilla yang telah kembali kerahmatullah pada 19hb September pada jam 2 pagi . Saya difahamkan arwah meninggal dunia dalam perjalanan menuju ke hospital setelah mengadu mengalami sesak nafas . Diharapkan semoga Pn Aida Shakilla seisi keluarga tabah dan sabar untuk mengharungi dugaan yang telah diberikan oleh Allah S.W.T . Setiap yang hidup pasti akan kembali kepadaNYA . Bersama-samalah kita mendoakan moga-moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman..al-fatihah.....

Tuesday, July 27, 2010

ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2009




Sekalung tahniah buat pegawai-pegawai sokongan dan akademik dari jabatan Biologi yang telah mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2009 . Diharap dengan anugerah yang telah diperolehi ini dapat meningkatkan produk dan hasil kualiti kerja yang lebih berkesan dan cemerlang. Tahniah.....!!!!!

Monday, July 26, 2010

BIOGEN 2010







cheer up team by team




game spinning gasing
( helikopter+kacang hijau+chopstik )




debu-debu kasih
( tepung + getah )




baik punya cilok
( straw + getah )




pengembaraan bermula
( lari dalam straw )



adnan sempit
( bola pingpong + payung )



jin noty
( masukkan bola pingpong dalam baldi )




mantra
( menyampai cerita )




lensa Biologi
( Prof Dr Jambari Hj Ali )






BIOGEN 2010 bersua kembali..tarikh 25 Julai telah dipilih untuk menghimpunkan sumer pelajar baru bersama-sama dengan kelab mahasiswa Biologi ( KMB ) disamping pegawai-pegawai sokongan yang turut menjadi tulang belakang dalam menjayakan program ini. Program yang bermula pada pukul 8.30 pagi telah di rasmikan oleh Ketua Jabatan Biologi Prof Dr Umi Kalsom Bt Yusuf.Program diteruskan dengan permainan yang telah di aturkan oleh pegawai-pegawai sokongan jabatan.Progaram tahunan yang dijalankan adalah lebih bertujuan kepada pendedahan mahasiswa baru kepada jabatan Biologi disamping mengeratkan hubungan anatara pelajar baru dan lama dengan kakitangan jabatan.Diharap dengan adanya program seperti ini dapat menjalinkan hubungan erat sesama warga Biologi...sekian..no war...world peace...peace for freedom...!!!!!!!!

Thursday, July 15, 2010

HARI PENERANGAN PELAJAR BARU ( Peringkat Jabatan )









Hari Penerangan pelajar baru peringkat jabatan pula telah diadakan pada 8 June 2010 sehari selepas peringkat fakulti.Pelajar-pelajar yang mendaftar untuk subjek Biologi telah berkumpul bersama-sama P.A masing-masing di dewan kuliah A dan diiringi dengan semua kakitangan sokongan Jabatan Biologi.Para pelajar telah diberi penerangan oleh ketua P.A Dr Muskhazli berkaitan Biologi dan subjek-subjek yang bakal mereka pelajari.Diaharap semua pelajar Biologi menamatkan pengajaran dengan sebuah kejayaan yang cemerlang.Assalammuaalaikum.....

Wednesday, July 14, 2010

HARI PENERANGAN FAKULTI SAINS ( Peringkat Fakulti )






SELAMAT DATANG !!!kepada sumer pelajar-pelajar baru yang telah berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti Putra Malaysia . Semua pelajar-pelajar baru yang telah mendaftar di Fakulti Sains telah berkumpul di Dewan Besar pada 7 Julai 2010 untuk diperkenalkan kepada sumer pegawai-pegawai Fakulti Sains. Seramai 500 lebih pelajar telah mendaftar sebagai pelajar baru di Fakulti Sains.Di harap semoga semua pelajar dapat mengharungi liku-liku kehidupan sebagai seorang pelajar yang bakal memimpin negara satu hari kelak.Sekian...

Wednesday, June 30, 2010

LAWATAN MAKMAL PRA SEKOLAH UPM KE MUZIUM BIOLOGI



Satu lawatan dari Makmal Pra Sekolah UPM ke Muzium Zoologi Biologi telah diadakan pada 25 June 2010 . Lawatan yang dijalankan adalah bertujuan untuk mendedahkan mereka kepada dunia Biologi dan memberikan mereka semangat untuk belajar dengan lebih berjaya . Jelas kelihatan raut wajah yang sedikit takut dan gembira sebaik kaki melangkah masuk ke Muzium Zoologi Biologi . Diharap semoga mereka mendapat pengajaran yang berguna untuk menjadi pelapis pada generasi yang akan datang.