Wednesday, October 7, 2009

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA JABATAN BIOLOGI 2009

Bertempat di Bilik Kaca dan perkarangan Jabatan Biologi, Kelab Warga Biologi (KWB) telah mengadakan sambuatan Aidil Fitri Jabatan Biologi. Majlis ini telah dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pengerusi KWB, Dr Hishammudin Omar dan disempurnakan oleh Prof. Dr Umi Kalsom. Walaupun dirancang dalam tempoh yang singkat, sambutan yang sangat meriah dengan pelbagai jenis juadah telah dapat disediakan. Syabas kepada penganjur kita....En. Hidir & Cik Hidayah dan the geng.










Buah selasih dipinggir bibir, Air sirap ditambah wangi,

Terima kasih sudi hadir, Tahun depan kita buat lagi