Friday, July 31, 2009

PULAU KAPAS DIVING ( DAY 2 )














PULAU KAPAS DIVING ( DAY 1 )



PERTANDINGAN BOWLING ANTARA JABATAN

Jabatan Biologi telah menghantar 2 pasukan bowling yang terdiri dari gabungan kakitangan dan pelajar siswazah. Dengan semangat juang yang tinggi, dua pasukan Biologi ini telah berjaya mengharungi pertandingan ini. Walaupun pasukan biologi memperolehi markah yang tinggi, namun malangnya kerana kaedah pengiraan mata bagi menentukan kedudukan tidak menyebelahi Jabatan Biologi yang hanya menghantar 2 pasukan, maka Jabatan Biologi hanya berjaya menduduki tempat ke 5 (akhir ler tu).




P/s: Kita tak putus asa...tewas sekali tak selamanya kan tewas. Kita jumpa di meja ping-pong....

Monday, July 6, 2009

SCUBA DIVING LICENSE (UPM POOL)

Orang tengah demo cara2 pasang tank tu.....Abe Joe ni dok posing pulak....(1).. makin luas 'back head mirror' Dr Wady tu....Abe Dol tengah kira cuti tahun ke tu.....(2).'...tangki aku la ni... mana tulis nama kau....tangki aku la'....Ben (sedaranya Ben Al-felek) berebut tank dengan Bob (bukan sedara Bob Marley-3). Ni ha....2-2 anak Pak Aziz (4).
Dugong Bio masuk pool....semua hebat2 belaka...BAGUS...BAGUS.... Tekan tubi sebelah tangan je.....

Aiiiiyyyaaa!!!...Apa pasat Ben tepuk dahi (1) Nafas relax2 ye...rasa tak confident, press panic button (2 &3). Dugong Satu (Abe Dol.....awww!!! licinnya betis) kepada Dugong Dua (macam gaya main violin je Dr Wady ni).....over....(4)

Sunday, July 5, 2009

MUZIUM & HERBARIUM BIOLOGI

Inilah salah satu bahagian biologi yang paling berharga. Banyak titik peluh dah mengalir nak dapatkan dan mengekalkan koleksi yang dipamerkan di Muzium dan Herbarium jabatan Biologi. Sekerang ini, kedua-dua bahagian ini diletakkan dibawah kawalselia Pusat Agribio UPM.
Inilah juga dua bahagian Jabatan Biologi yang sentiasa menjadi 'sasaran' utama yang dilawati oleh sekolah-sekolah yang melawat Fakulti Sains dan juga UPM.




p.s: Eh spesimen manusia tak de ke?.......oh lupa...spesimen manusia disimpan dalam bilik berhawa dingin...dalam bilik khas...carilah!

Thursday, July 2, 2009

HARI PENERANGAN JABATAN BIOLOGI

Jabatan Biologi telah mengadakan Hari Penerangan Jabatan bagi meraikan kedatangan Mahasiwa Baharu Jabatan Biologi sesi 2009/2010 bertempat di DKB pada 1 Julai 2009. Segala persiapan untuk mengadakan hari penerangan tersebut telah dilaksanakan dengan jayanya oleh semua kakitangan sokongan Jabatan. Penerangan am jabatan telah diberikan oleh Ketua Jabatan dan sesi bersama Profesor dijayakan oleh Prof. Dr. Ahmad. Taklimat ringkat pendaftaran telah disampaikan oleh Dr. Muskhazli sebelum perbincangan lanjut antara pelajar dan penasihat akademik masing-masing. Seterusnya semua pelajar melaksanakan pendaftaran masing-masing di Makmal Komputer Jabatan Biologi. Sesi ini Jabatan telah menerima seorang pelajar OKU (Nurbaitul Izzah Nordin) yang merupakan satu sejarah kepada Jabatan.
.

Abe Wae tu bab makan dialah jadi tukang rasa....lepas dah okey baru lah orang lain leh rasa...itu pun kalau ada tinggal lagilah. Tengoklah si Lin dah Dayah tu.....sediakan khidmat hidang air macam paramugari ke?....baju seragam tu dah ada gaya!

Moh kite tayang ramei-ramei baju koperat kita....bagi depe jeles sikit....sorry ler ben dan abe wae...lain kali masuk ler jabatan cepat sikit...boleh join kitorang. Depe yang tak de baju koperat tu ...kalu rase tak leh masuk suku....pepandai ler kumpul geng buat baju. HIDUP KELAB WARGA BIO...er by the way..presidentnya DR Hisham ...sebab tu dia bergaya sakan dengan baju KWB.

Geng staf kita tunjuk kemahiran bantu pelajar mendaftar kursus. Walaupun siri sendiri tak daftar kursus UPM tapi tahap kecekapan staf kita telah melebihi tahap teror....a.k.a dah menjangkau tahap "terrorist".

Tu dia ...bakal imam surau kita....Al Ustaz Al Helmy Al Rozario. Sorrylah ari tu baca dia gagap sikit sampai salah sebut aayat doa. Anyway practice make perfect. BRAVO!