Thursday, August 6, 2009

AHLI JABATAN DATANG DAN PERGI....

Mutakhir bulan Ogos ini, Jabatan Biologi telah kehilangan dan menerima kehadiran ahli baru. Kita mengharapkan yang terbaik dari staf kita ini. Cik Faridza telah berpindah ke Bahagian Pembangunan dan Puan Radziah pula telah menganggotai Jabatan Fizik. Kami di Jabatan Biologi mendoakan agar kalian dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk meneruskan kesinambungan serta memaparkan budaya kerja Jabatan biologi yang cemerlang. Sementara itu, sorang tutor Jabatan Biologi iaitu Saudari Nurul Izza telah menyambungkan pelajaran ke peringkat PhD beliau di Finland (er...tak tahulah universiti apa). Walaupun begitu, yang diharapkan dan didoakan yang beliau dapat menyelesaikan pengajian beliau dengan sekara dan pulang untuk mencurahkan ilmu kepada anak bangsa. (Secara tersiratnya, Pasukan futsal wanita Jabatan Biologi telah kehilangan pemain pertahanan terbaik). Salute!
Patah tumbuh hilang berganti, Jabatan bbiologi telah menerima kehadiran beberapa ahli baharu, antaranya:
1. Puan Syakilla dari INSPEM dengan tangan yang terbuka untuk menggantikan Cik Faridza
2. En Kamalul untuk menggantikan En Nizam bagi menguruskan bilik komputer jabatan.
Kita ucapkan SELAMAT DATANG.
Sementara itu En Wan aka Abe Wae telah menimbang cahayamata lelaki yang baru. Untuk itu, kita ucapkan....SELAMAT BERJAGA MALAM...

Sunday, August 2, 2009

PULAU KAPAS DIVING ( DAY 3 )

Pasukan selam scuba Jabatan Biologi yang diketuai oleh Dr Nor Azwady Abd. Aziz telah menjalani ujian untuk mendapatkan lesen menyelam di Pulau Kapas, Terengganu dari 31 Julai sehingga 2 Ogos 2009.
Sekalung tahniah untuk pasukan ini. Lihatlah keindahan di dalam laut sekitar Pulau Kapas yang dirakamkan oleh 'cameraman' pro dalam 3 siri blog. Diharapkan suatu hari nanti, pasukan menyelam Jabatan biologi ini akan mencurahkan bakti dalam melatih lebih ramai ahli Jabatan Biologi. Jadi kita boleh moh qhamei-qhamei gi ke laok!
Pasukan Menyelam Biologi: Dr Nor Azwady Abd. Aziz, En. Johari Sepet, En. Helmy Rozario Ahmad Yusoff, En Azizul Aziz & Muhd Husaini Sulaiman.
En. Abdullah Talib (Penolong Jurulatih Selaman)