Wednesday, April 6, 2011

Bengkel Pengurusan Risiko (JHA) di Makmal Pengajaran dan Peralatan Jabatan Biologi Fakulti Sains 2011

Jabatan Biologi telah menganjurkan sebuah bengkel bertajuk Bengkel Pengurusan Risiko (JHA) di Makmal Pengajaran dan Peralatan Jabatan Biologi Fakulti Sains 2011 pada 28 Mac 2011 (Isnin) dari jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang bertempat di Bilik Mesyuarat Jabatan Biologi.

Seramai 23 orang pegawai makmal jabatan telah hadir pada bengkel tersebut yang dimoderator oleh Pegawai Sains Jabatan Biologi, Encik Hidir Hashim dan Cik Ainaa Abdul Kahar sebagai fasilitator bengkel. Bengkel ini bertujuan bagi mendedahkan dan memberi pengetahuan mengenai risiko dan bahaya yang dihadapi oleh setiap pegawai makmal dalam melaksanakan proses kerja harian di makmal masing-masing serta cadangan langkah kawalan yang boleh diambil bagi menyingkirkan atau mengurangkan risiko kemalangan. Bengkel ini juga dilaksanakan bagi memenuhi keperluan seperti yang diarahkan oleh Pejabat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan UPM iaitu Laporan Lengkap JHA bagi setiap proses/aktiviti di makmal pengajaran dan peralatan di Jabatan.

Sepanjang bengkel ini berlangsung, peserta didedahkan dengan cara melaksanakan Laporan JHA bagi proses kerja yang mereka lakukan di makmal masing-masing. Setelah melengkapkan Laporan JHA masing-masing, peserta diminta membentangkan hasil perbincangan mereka kepada ahli bengkel dan komen membina diberikan bagi tujuan penambahbaikan Laporan JHA. Penyertaan yang sangat menggalakkan daripada setiap ahli bengkel membuahkan hasil output yang positif bagi setiap peserta bengkel.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pegawai makmal Jabatan Biologi yang telah hadir ke bengkel ini dengan jayanya. Laporan JHA yang lengkap telah dikemukakan kepada Pegawai Pengurus Risiko Fakulti Sains, Encik Mohamad Johadi Iskandar Che Jamil. Beliau mengucapkan jutaan terima kasih dan syabas buat Warga Biologi di atas komitmen dan usaha yang diberikan bagi melengkapkan Laporan JHA Jabatan Biologi. Tidak dilupakan kepada pihak sekretariat dan penganjur yang bertungkus lumus memastikan kelancaran bengkel ini. Hasil usaha dan komitmen semua pihak sangatlah dihargai.

Semoga usaha baik dan komitmen yang cemerlang ini akan berterusan di kalangan Warga Biologi. Sekali lagi, ucapan tahniah, syabas dan terima kasih di atas kerjasama semua pihak yang terlibat dalam menjayakan bengkel ini.

Monday, February 7, 2011

Program Gotong Royong Perdana 5S


*Semua Warga Biologi dialu-alukan bagi menyertai dan memeriahkan
Program Gotong Royong Perdana 5S Jabatan Biologi
....

Tuesday, September 21, 2010

PERSEDIAAN JAMUAN RAYA





Persediaan banting untuk mempromosikan jamuan raya peringkat jabatan telah giat dilakukan oleh pelajar-pelajar junior

Monday, September 20, 2010

Sambutan Hari Raya Peringkat Jabatan 2010

2,3 kucing berlari,
lebih meriah lebih berseri
jamuan raya yang dinanti kembali lagi,
selamat hari raya aidilfitri.....


wowooowooooooo.....peeeeeeewwwwwwwitttttttttttttttt.....hye buddies...jamuan raya kembali lagi....tahun ini lebih ceria dan meriah setelah gabungan antara staff dan pelajar begabung tenaga dalam merealisasikan EVENT OF THE YEAR pada tahun ini...berbagai2 jamuan akan dihidangkan dan acara yang telah disusun kemas dan rapi oleh pelajar dan kakitangan jabatan...konsep yang lebih diketengahkan pada tahun ini adalah..kemesraan dan keakraban silaturrahim hubungan antara pelajar dan staff di jabatan...diharap semoga impian menjadi kenyataan...fantasi akan menjadi reality...

AL-FATIHAH

Al-Fatihah dan salam takziah dari warga biologi kepada AYAHANDA setiausaha Ketua Jabatan Biologi Pn Aida Shakilla yang telah kembali kerahmatullah pada 19hb September pada jam 2 pagi . Saya difahamkan arwah meninggal dunia dalam perjalanan menuju ke hospital setelah mengadu mengalami sesak nafas . Diharapkan semoga Pn Aida Shakilla seisi keluarga tabah dan sabar untuk mengharungi dugaan yang telah diberikan oleh Allah S.W.T . Setiap yang hidup pasti akan kembali kepadaNYA . Bersama-samalah kita mendoakan moga-moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman..al-fatihah.....

Tuesday, July 27, 2010

ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2009




Sekalung tahniah buat pegawai-pegawai sokongan dan akademik dari jabatan Biologi yang telah mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2009 . Diharap dengan anugerah yang telah diperolehi ini dapat meningkatkan produk dan hasil kualiti kerja yang lebih berkesan dan cemerlang. Tahniah.....!!!!!